Kuliah minggu kelima bagi subjek Pengajaran dan Pendidikan Seni ini telah dikendalikan oleh Dr. Zuraidah Abdullah untuk kali pertama. Pada minggu tersebut, kami telah diajar tentang cabang-cabang falsafah dalam bidang pendidikan. Falsafah ini penting sebagai langkah awal untuk difahami dan diguna pakai sebagai seorang pendidik. Falsafah ini dapat memberi framework bagi menguruskan sekolah, kelas dan dapat mencari jawapan kepada beberapa persoalan tentang apa tujuan sekolah, bagaimana murid belajar dan sebagainya.
Minggu ini juga kami didedahkan tentang cabang falsafah tersebut seperti cabang Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik. Metafizik secara umumnya berkaitan dengan sifat realiti, epistemolgi tentang sifat sifat semula jadi ilmu, aksiologi berkaitan aksi atau etika manakala logik berkaitan pemikiran tepat yg menghubungkan idea dengan prosedur.
Thursday, 16 May 2013
11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN
TEORI PEMBELAJARAN DAN BAGAIMANA KANAK-KANAK BERFIKIR DAN BELAJAR STRATEGI PENGAJARAN YANG SESUAI.
Behaviorisme / Kelakuan
- Berdasarkan teori tindakbalas terhadap stimulus
- Menggunakan strategi latihan berulang-ulang
- Memberi ganjaran dan hukuman
- Kelebihan - pengukuhan sehingga mendapat kelakuan yang diingini.
- Kelemahan - tiada atau sedikit pemahaman
- harus memberi latihan yang bermakna
Development / Perkembangan
- melibatkan emosi, fizikal, sosial dan mental (kognitif)
- melalui elemen perkembangan kognitif, terdapat empat peringkat menurut Jean Piaget iaitu sensori motor, pra operasi, operasi konkrit, dan operasi formal.
- pra-operasi melibatkan penguasaan bahasa, vokabulari, pengkelasan, kuantiti, set dan nombor, simbol, berinteraksi dengan objek fizikal.
Bagaimana kanak-kanak berfikir dan belajar
Kanak-kanak sudah ada pemahaman sendiri tentang dunia dan alam berdasarkan pengalaman serta pengamatan mereka. Contohnya, mereka mudah mengenal muka, makanan yang digemari seperti ayam goreng, makanan yang tidak digemari seperti sayur-sayuran, menangis apabila basah (kencing dalam lampin) dan sebagainya. Namun, mereka tidak akan sewenangnya menerima informasi baru begitu sahaja tetapi akan membuat intepretasi apa yang dilihat oleh mereka, didengar dan disentuh benda-benda yang telah mereka ketahui. Hal ini bermakna mereka akan menyiasat pengalaman baru dan membina idea sendiri.
Oleh itu, satu strategi yang sesuai harus dipraktikkan agar mereka boleh mengalami sesi pengajaran yang berkesan. Guru seharusnya memberi cabaran baru dan satu situasi yang belum pernah dialami oelh murid-murid diperingkat ini. Contohnya, murid-murid diajar menggunakan objek dan membenarkan mereka bermain dengan menggunakan pancaindera mereka. Guru juga harus bersifat lebih fleksibal iaitu bijak mencampurkan strategi berlainan seperti memberikan ganjaran kepada mereka yang mencapai atau melebihi tahap maksimum sesuatu tugasan yang ditetapkan dan jika mereka membuat kesilapan dalam tugasan, mereka tidak harus diperlekehkan oleh guru tetapi diperbetulkan kesilapan mereka. Guru juga boleh memupuk semangat berpasukan jika murid diberikan peluang bekerja dalam satu kumpulan seperti menugaskan mereka menghasilkan sesuatu karya dari bahan terpakai secaraberkumpulan. Hal ini akan menambahkan juga nilai toleransi murid selain dapat menjana lebih banyak idea dan gabungan idea mereka memungkinkan mereka menghasilkan sesuatu yang lebih menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)